Kami warga IPG KSAH dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
mengeluarkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan satu minggu selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
menganugerahkan Diploma Perguruan/Pendidikan kepada lulusan enam bulan selepas peperiksaan akhir diumumkan;
menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah enam bulan sebelum mereka menamatkan kursus.